1.O LATAR BELAKANG
1.1 SEJARAH AWAL
Mengikut sejarah awal, Kampung Delek telah diterokai oleh sekumpulan pendatang dari Tanah Jawa kira-kira satu abad yang lalu. Perkataan “Delek” berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud tersorok. Bersesuaian dengan keadaan kampong ini ketika itu.
Sewaktu Perang Dunia Kedua, askar-askar Jepun telah mengarahkan lebih ramai orang ke kampong ini dengan tujuan untuk bercucuk tanam.
Pertambahan penduduk itu kemudiannya diikuti dengan pembinaan sebatang jalan tanah merah secara gotong-royong. Disebabkan ketiadaan jentera moden, mereka terpaksa menggunakan tulang empat kerat untuk mengangkut tanah membina jalan sepanjang kira-kira tiga (3) kilometer itu. Penduduk kampong mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan jalan tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Jalan Jepun.
Terletak kira-kira 12 KM dari Bandar Klang, Kampung Delek telah lama membangun bersama arus pembangunan Bandar Klang. Ia kini lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan awam, bekalan air, elektrik dan telefon.
1.2 KELUASAN
Kampung Delek merupakan salah sebuah dari kampong tradisi yang terletak di dalam Mukim Klang, dengan keluasan 852 ekar, ia ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipengerusikan oleh Tn Hj Md Lani B Hj Ab Wahid PJK selaku Ketua Kampung.
Kampung ini telah dipecahkan kepada empat (4) kawasan bagi tujuan memudahkan pentadbiran, mengenalpasti kegiatan dan pembangunan serta masalah-masalah yang dihadapi atau kawasan pentadbiran adalah seperti zon berikut :
i. Zon Kampung Delek Kanan
ii. Zon Kampung Delek Kiri
iii. Zon Kampung Delek Tengah
iv. Zon Kampung Delek Baru.
Setiap kawasan atau zon tersebut mempunyai wakil-wakil di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan mereka dipertanggungjawabkan keatas segala kegiatan aktiviti masyarakat, perancangan pembangunan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kesejahteraan penduduk .
Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan. Sekiranya tidak keberatan, kongsilah lebih banyak lagi maklumat tentang perkara
ReplyDeletediatas. Lebih terperinci seperti AJK kampung tersebut. Ketua kampung dan pelbagai ahli jawatankuasa yang lain. Ia sedikit sebanyak memudahkan perncarian pelajar yang menghadapi PT3 DAN SPM dalam penyelidikan terperinci. Sekian .Terima kasih
Maklumat diberikan terbaik.Jika boleh tambahkan lagi maklumat seperti perkembangan penduduk dan sebagainya
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya mohon maaf ... Mcm ada yg x berape tepat la sejarah Kg. Delek ni ...
ReplyDeleteMungkin blh cungkil lagi org2 lama atau org asal tinggal di Kg. Delek ni.
Mat Lani pun org baru di Kg Delek.
Semasa dia berhijrah ke sini Jalan raya pun dah ada.
Hanya org yg berumur 80 tahun ke atas yg tahun, contoh arwah nenek sy, hj khasbullah arwarnye, nie antara org2 awal yg msk kg delek n masjid asal delek baru cm sebesar rumah atas je, x bnyk yg sy ingt dr apa yg arwah nenek sy ckp, yg pasti keseluruhan kg delek adalah paya bakau.,antara org2 asal lm kg delek, arwah hj khasbullah, arwah wak rimon, termsk arwah nenek sy, geran pada sy pn still nm arwah moyang sy, dn sy sdri dh berumur hampir 4 siri...
ReplyDelete